Pada 04 – 05 Mei 2010, Unit Kualiti Kolej UNITI dengan kerjasama SIRIM Berhad telah menganjurkan Kursus Pembangunan Dokumentasi MS ISO 9001:2008 yang bertempat di Bangunan Port Dickson pada hari pertama dan di Bilik Mesyuarat pada hari keduanya. Ceramah disampaikan oleh En. Hasfaniezam Bin Abu Hassan, Eksekutif Kanan daripada SIRIM Berhad.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman tentang konsep kualiti dan Sistem Pengurusan Kualiti kepada kakitangan Kolej Uniti. Ianya juga bertujuan untuk membantu para peserta kursus dalam merancang dan mendokumen MS ISO 9001:2008. Selain dari ahli jawatankuasa ISO dan pemilik-pemilik prosedur, kursus ini turut dihadiri oleh pensyarah-pensyarah program UiTM.
ISO (International Organization of Standardization) adalah merupakan standard antarabangsa yang mengandungi keperluan asas untuk Sistem Pengurusan Kualiti. Dengan adanya ISO dapat mempamerkan keyakinan kepada pelanggan bahawa sesebuah organisasi itu mematuhi standard yang tertentu.
Diharapkan dengan adanya kursus ini dapat membantu Kolej Uniti kearah mendapatkan pensijlan seterusnya dapat melahirkan budaya kerja yang lebih tersusun dan sistematik di kalangan warga Uniti.
Disediakan oleh:
Rosni Bte Puteh
(Pegawai Kualiti)
06 Mei 2010















