Anda Di Bahagian:: Fakulti FTK - Fakulti Teknologi Kejuruteraan Dan Kejuruteraan

Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan

E-mail Print PDF

ftk banner

1. Misi
Menjadikan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan bertaraf antarabangsa dengan kelestarian ilmu yang kreatif dan inovatif.

2. Visi

  • Memartabatkan ilmu melalui pendidikan dan kesarjanaan teknikal yang inovatif
  • Membentuk teknokrat yang bersahsiah mulia, amanah dan professional
  • Menjana pembangunan lestari bersama industri dan masyarakat

3. Objektif

  • Mengendalikan program akademik berlandaskan kepada keperluan industri semasa
  • Melahirkan graduan berpengetahuan relevan, kompetensi dalam kemahiran teknikal, mempunyai kemahiran insaniah dan peka kepada tanggungjawab sosial.
  • Menyemai dikalangan graduan kaedah saintifik, berfikiran kritikal, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  • Menggalakkan aktiviti dengan kerjasama industry demi menjana kemakmuran Negara.
  • Melengkapkan graduan dengan nilai-nilai kepimpinan, komunikasi, keusahawanan dan pembelajaran berterusan.

Program Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan

• Dip. Kejuruteraan Teknologi Multimedia ( DKTM )
• Dip. In Computer Network ( DCN )
• Dip. Sains Computer ( DSK)
• Dip. In Product Design 
• Dip. In Graphic Design
• Dip. In Paramedic Science
• Dip. In Occupational Safety & Health


 

1. Program Diploma Kejuruteraan Teknologi Multimedia (DKTM)

  • Pengenalan

Kejuruteraan teknologi multimedia merupakan satu disiplin yang merangkumi bidang kejuruteraan komputer dan multimedia. Gabungan unik ini menghasilkan graduan dalam bidang kejuruteraan yang mahir dari segi teknikal dan teori dalam asas-asas elektronik, teknologi perkakasan dan perisian komputer, pengunaaan teknologi dan aplikasi multimedia dalam kejuruteraan komputer dan komunikasi. Program DKTM yang telah ditubuhkan sejak Mei 1998, merupakan program tunggal yang dijalankan secara usahasama dengan Fakulti Kejuruteraan UPM. Kurikulum yang dibangunkan oleh pihak UPM ini meliputi keperluan semasa dan pemantauan berkala sentiasa dilaksanakan oleh pihak UPM bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran mencapai piawaian yang ditetapkan. 

Dengan syarat masuk yang minimum iaitu mendapat 5 kredit termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan salah satu matapelajaran sains/teknikal, para pelajar mempunyai peluang untuk mendapat tajaan MARA. Program pengajian 3 tahun ini telah mendapat pengiktirafan Akreditasi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pelajar juga dilengkapi dengan persijilan kursus pendek secara teknikal dari Kolej Komuniti yang diiktiraf oleh KPT. Telah ramai graduan yang cemerlang dan diterima oleh banyak sektor industri khususnya IT dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer dan mendapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi samada di IPTA tempatan dan luar Negara.  Pihak fakulti akan berusaha untuk menjadikan program ini sebagai satu program yang ideal di mana graduan dapat menggarap kecemerlangan akademik, perkembangan rohani dan insaniah serta kemahiran sepanjang hayat bagi menghadapi cabaran akan datang.

  • Struktur pengajian

Litar Elektrik – Teknologi Peranti Elektronik – Elektronik Analog – Elektronik Digit – Rekabentuk Terbantu Komputer – Pembinaan Sistem Elektronik & Komputer - Organisasi Komputer – Teori Asas Komunikasi - Komunikasi Komputer – Aplikasi Komputer – Asas Pengaturcaraan – Mikropemproses – Rekabentuk Multimedia – Grafik Imej – Teknologi Audio Video – Pengaturcaraan Pengantaramuka Grafik – Pengaturcaraan Internet – Penyelenggaraan dan Pentadbiran Pelayan Sistem Multimedia – Pengurusan Pangkalan Data

Aljabar Asas – Kalkulus Asas – Statistik Permulaan
Oral Interaction Skills – General Writing Skills – English for The Workplace
Tamadun Islam dan Tamadun Asia – Kenegaraan Malaysia – Perhubungan Etnik – Pertanian & Manusia, Kokurikulum

  • Prospek kerjaya

Graduan lulusan DKTM  berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan di universiti-universiti tempatan. Graduan lulusan kursus ini juga berpeluang mendapat pekerjaan di mana-mana institusi kerajaan atau swasta dengan menggunakan sijil kelayakan diploma tersebut. Di antara peluang kerjaya bagi lulusan kursus ini adalah:

 

  • Production technician
  • Audio Video Technician
  • Computer / Electronic Lab Technician
  • IT Helpdesk
  • IT Technician
  • Multimedia Designer
  • Communication Assistant Engineer
  • IT Executive
  • Electronic Assistant Engineer
  • Assistant System Analysis
  • Programmer

 


2. Program Diploma Computer Network (DCN)

  • Pengenalan

Bidang Komputer meliputi aplikasi yang sangat luas. Kemajuan dalam bidang teknologi digital mewujudkan permintaan yang berterusan untuk profesional mahir. Pelajar rangkaian komputer bersedia untuk mengambil peranan kepimpinan dalam pembangunan aplikasi dan pengurusan teknologi ini. Kefahaman teknikal yang disediakan oleh program DCN Kolej UNITI membolehkan pelajar memenuhi cabaran dunia era digital yang sentiasa berubah. Silibus yang dibangunkan meliputi keperluan semasa dan dilengkapi dengan program Cisco Certified Network Associate (CCNA) dari CISCO sebagai nilai tambah bagi mereka untuk menyiapkan diri ke dunia kerjaya. Pelajar juga dilengkapi dengan persijilan kursus pendek secara teknikal dari Kolej Komuniti yang diiktiraf oleh KPT. 
Program ini telah mendapat akreditasi penuh daripada Lembaga Akriditasi Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dengan syarat masuk yang minimum iaitu mendapat 3 kredit termasuk Matematik, para pelajar mempunyai peluang untuk mendapat tajaan MARA. Selepas menamatkan program ini, pelajar akan mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal dan mendapat pengalaman yang bernilai untuk melakukan kerja-kerja rangkaian seperti  menyusun, mengawal dan mengendalikan rangkaian sistem maklumat.

  • Struktur pengajian

Programming fundamental – Computer Fundamental – Computer Organization – Network Programming – Data Communication & Networking – Network Management & Administration – Network Troubleshooting – Unix & Linux – Remote Access Server – Network Operating System – Network Security – Web Security – Wireless Network – Project Management – Multimedia Networking – Internet Programming, CCNA I: Networking Fundamental – CCNA II: Router Protocol and Concepts – CCNA III: LAN Switching and Wireless – CCNA IV: Accessing the WAN.
Calculus – Discrete Mathematics - Foundation English – Intermediate English – English for Academic Purposes – Professional Communication - Pemikiran Kritis/Kemahiran Kepimpinan - Bahasa Kebangsaan - Pengajian Malaysia - Etika dan Moral - Bakti Siswa

  • Prospek Kerjaya

Graduan lulusan Diploma Rangkaian Komputer (DCN)  berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan di universiti-universiti tempatan. Graduan lulusan kursus ini juga berpeluang mendapat pekerjaan di mana-mana institusi kerajaan atau swasta dengan menggunakan sijil kelayakan diploma tersebut. Di antara peluang kerjaya bagi lulusan kursus ini adalah :

 

  • Penolong Pentadbir Rangkaian/Asst. Network Manager
  • Koordinator Rangkaian/Network Coordinator
  • Penganalisa Rangkaian/Network Analyst
  • Juruteknik Penyelenggaraan/Technician Maintenance
  • Juruteknik Rangkaian/Network Technician
  • Sokongan Sistem/System Support
  • Sokongan Teknikal/Technical Support
  • Helpdesk Specialist
  • Pegawai ICT/ICT Officer

 


3. Program Diploma Sains Komputer (DSK)

  • Pengenalan

Selaras dengan perkembangan dunia IT, sains komputer menjadi satu bidang yang sangat penting dan berdaya saing untuk membangunkan dan memajukan sesebuah negara. Melalui program diploma ini, pelajar akan didedahkan dengan aspek utama meliputi bahasa pengaturcaraan berasaskan web dan antara muka serta pengurusan data. Selain itu , pelajar juga berpeluang mempelajari kursus-kursus lain seperti Multimedia, Rangkaian Komputer, Grafik, keselamatan dengan menggunakan perisian-perisian komputer yang sentiasa dikemaskinikan mengikut keperluan semasa dalam bidang IT. Silibus DSK yang dibangunkan meliputi keperluan semasa dan dilengkapi dengan program Microsoft Certified Systems Engineers (MCSE) dari Microsoft Coorperation sebagai nilai tambah bagi mereka untuk menyiapkan diri ke dunia kerjaya. Pelajar juga dilengkapi dengan persijilan kursus pendek secara teknikal dari Kolej Komuniti yang diiktiraf oleh KPT. 
Program ini telah mendapat akreditasi penuh daripada Lembaga Akriditasi Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dengan syarat masuk yang minimum iaitu mendapat 3 kredit termasuk Matematik, para pelajar mempunyai peluang untuk mendapat tajaan MARA. Dengan mengikuti program DSK kolej UNITI, graduan akan memiliki teori dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat serta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi ke industri yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran teknikal IT yang tinggi dalam mengendalikan infrastruktur IT canggih masakini.

  • Struktur pengajian

Pengaturcaraan Komputer - Teknologi Maklumat dan Persekitaran - Organisasi Komputer - Komunikasi Data dan Rangkaian Komputer - Pengaturcaraan Visual Basic - Asas Sistem Digit - Sistem Pengoperasian - Pangkalan Data - Pengaturcaraan Internet - Struktur Data - Pengaturcaraan Berorientasikan Objek - Kejuruteraan Perisian - Analisis dan Rekabentuk Sistem - Sistem Multimedia - Sistem Teragih - Tajuk-tajuk Khas Teknologi Maklumat – MCSE I: Installing, Configuring and Administering Client Operating Systems – MCSE II: Implementing And Administering Server Operating Systems And Active Directory Services – MCSE III: Implementing Database – MCSE IV: Planning And Maintaining A Server Network Infrastucture – MCSE V: Implementing A Server Network Insfrastucture 
Calculus – Discrete Mathematics - Foundation English – Intermediate English – English for Academic Purposes – Professional Communication - Pemikiran Kritis/Kemahiran Kepimpinan - Bahasa Kebangsaan - Pengajian Malaysia - Etika dan Moral - Bakti Siswa

  • Prospek Kerjaya

Graduan lulusan Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan di universiti-universiti tempatan.
Graduan lulusan kursus ini juga berpeluang mendapat pekerjaan di mana-mana institusi kerajaan atau swasta dengan menggunakan sijil kelayakan diploma tersebut. Di antara peluang kerjaya bagi lulusan kursus ini adalah :

 

  • Pengaturcara/programmer
  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat/IT assistant officer
  • Pembangun Web/web developer
  • Penolong Sokongan Teknikal/technical support assistant
  • Penolong Pentadbir Pangkalan Data/database administrator assistant
  • Penolong Pentadbir Sistem/system administrator assistant
  • Penolong Jurutera Rangkaian/network engineer assistant
  • Penolong Pengurus Projek/project manager assistant

 


Pertanyaan Lanjut :-

Dekan Fakulti - En Roslan Bin Kamari ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
Ketua Program - Puan Eimyleyana Bt Omar ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
Ketua Program - Puan Zuraini  Mat Yasin ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
Ketua Program - En Rizal Razak ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )