Anda Di Bahagian:: Kemudahan & Perkhidmatan Perpustakaan
E-mail Print PDF

Perpustakaan Kolej UNITI


Perpustakaan Kolej UNITI menyediakan perkhidmatan untuk kemudahan pengguna seperti berikut :



Perkhidmatan Pinjaman Bahan Perpustakaan

Perkhidmatan Maklumat dan Rujukan

Perkhidmatan Fotostat & Mencetak


WAKTU OPERASI :

Hari Biasa
Isnin - Khamis
8.30 Pagi - 5.30 Petang

Cuti Semester
Isnin - Khamis
8.00 Pagi - 1.00 Tengah hari
2.00 Petang - 5.00 Petang

Friday
8.300 Pagi - 12.15 Tengah hari
2.45 Petang - 5.00 Petang

 

SUSUNAN KOLEKSI & PANDUAN PENGKELASAN LCC

Koleksi perpustakaan dikelas dan diberikan nombor khas. Ini adalah untuk memastikan kolesi di bawah didang perkara yang sama, disusun bersama di rak. Nombor khas ini dikenali dengan nama Nombor Panggilan (Call Number) dan ditampal pada tulang buku atau bahan. Pengetahuan asas mengenai skim pengkelasan perpustakaan Kongres (LCCS) dapat membantu memudahkan pencarian bahan di rak kerana pengkelasan bahan perpustakaan adalah mengikut skim ini.



PERATURAN-PERATURAN

  • Sebahagian dari peraturan-peraturan ini adalah diperlukan untuk mencapai objektif perpustakaan.
  • Setiap ahli perpustakaan mesti mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
  • Tindakan akan diambil sekiranya tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
  • Ahli perpustakaan boleh menggunakan kemudahan yang ada sekiranya dibenarkan oleh pustakawan.
  • Kad matrik perlu ditunjukan sekiranya diminta oleh pustakawan.
  • Tidak dibenarkan makan, minum, merokok dan tidur di perpustakaan.
  • Pengguna dikehendaki senyap ketika berada di perpustakaan supaya tidak mengganggu pengguna lain.
  • Telefon mudah alih dibenarkan di perpustakaan tetapi hendaklah berkeadaan senyap.
  • Pengguna tidak dibenarkan mengalihkan bahan-bahan bacaan sesuka hati.
  • Pengguna yang merosakkan harta benda perpustakaan akan dikenakan 2 kali ganda bayaran dari harga asal.
  • Semua pelajar diminta untuk berpakaian sopan. pustakawan berhak memberi arahan untuk keluar dari perpustakaan sekiranya tidak memakai pakaian yang sesuai seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kolej.
  • Semua pelajar perlu mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan.
  • Semua pelajar perlu mematuhi kod etika pemakaian yang ditetapkan oleh pihak kolej.